Sabtu, 24 Disember 2016

PANDANG- PANDANG, JELING- JELING

Tinggal kurang dari dua minggu untuk anak-anak kembali semula ke sekolah; bertemu rakan- rakan dan guru tercinta.
Ibu bapa juga hampir siap menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Lebih debaran kepada ibu bapa yang anak sulungnya pertama kali menjejak kaki ke sekolah.
Tapi, antara sedar atau tidak..
Bagaimanakah status pakaian sekolah anak-anak kita yang sudah tidak digunakan? Mungkin kerana sudah memegang jawatan tertentu atau saiz tubuh yang sudah membesar.
Adakah pakaian 'lama' itu tersimpan rapi?
Mungkin ini ruang kita untuk bersedekah kepada rakan-rakan atau sahabat kita yang memerlukan. Sekurang- kurangnya, pahala sentiasa mengalir kepada kita selagi pakaian itu dipakai, betul tak?
Sebab tak semua orang mempunyai kewangan yang baik menjelang tahun baru persekolahan
Cuma pastikan pakaian itu masih dalam keadaan elok lah ya :)
Selamat beramal~

Sumber foto google



Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

ANAK & SMARTPHONE

Berkongsi pengalaman semalam; saya menyelesaikan beberapa urusan rutin bulanan di Johor Bahru dengan membawa semua ahli keluarga. Selang 20 minit perjalanan, baru saya sedar smartphone saya tertinggal! Subhanallah, boleh jiwa kacau ni! Tapi kasihnya Allah menggerakkan hati saya bahawa pasti ada hikmahnya. Lantas saya meneruskan perjalanan seperti biasa. Mengajar diri untuk redha sepanjang hari. Seharian tanpa gadjet peribadi; saya cuba untuk percaya tiada masalah yang akan berlaku. Allah kan ada!. Hikmahnya, saya lebih fokus dan sangat selesa! (ini perkataan terbaik yang boleh saya gunakan). Saya tiba di rumah sekitar jam 11.45pm. Masih boleh tersenyum mengejutkan anak-anak yang masih lena masuk ke rumah dan mengangkat anak ketiga masuk ke bilik tidurnya.

Smartphone memudahkan urusan dan kerja seharian kita tapi adakah ia membantu secara total? Jelas ada pro dan kontranya bila dibahas tentang teknologi ini tetapi tidak salah jika kita muhasabah diri buat seketika, adakah sikap kita dalam 'kebergantungan kepada Allah' tetap utuh walaupun denga adanya gadjet ini? Sebab itu semalam Allah 'mengajar' saya, dengan tertinggalnya smartphone, saya belajar melihat betapa asyiknya manusia dengannya! Selama ini saya hanya membaca di internet dan majalah tetapi semalam saya 'diajar' untuk membuat 'pemerhatian' sendiri. Daripada menunggu lampu isyarat bertukar hijau, menikmati makanan, ketika menaiki eskelator, menolak anak kecil dalam troli pasaraya, jurujual yang menanti kehadiran pelanggan hinggalah ketika makmum sedang mengaminkan bacaan doa imam selepas solat berjemaah. Sangat tertampar; seolah-olah ia adalah post-mortem buat diri sendiri! Betapa asyik dan pentingnya smartphone ini.
Di situlah kita boleh bayangkan bagaimana jika seorang kanak-kanak boleh 'menggila' kerana tidak mendapat bermain dengan smartphone seperti kebiasaannya. Bagaimana seseorang yang ketagih sanggup bergerak ke mcd atau restoran mamak untuk mendapatkan wifi percuma. Sangat indah jika beginilah juga kebergantungan kita kepada Allah, percaya dengan rezekinya, redha dengan ujian yang disediakan untuk kita setiap hari. Sentiasa berusaha untuk sentiasa 'connect' dengan DIA. Ya terkadang kita terlupa kita yang selalu disconnect dengan Allah walhal Allah 24jam setiap saat sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.
Benarlah kata bijak pandai, smartphone mendekatkan yang jauh tetapi jangan sampai menjauhkan yang dekat. Yang lebih penting, jangan sampai 'bertuhankan'smartphone. Didiklah anak kita dengan mengenali Allah pencipta segala-galanya. Ya, i-phone sangat hebat. Tetapi orang yang merekaciptanya pasti lebih hebat. Namun, Allah yang memberi manusia akal untuk membolehkannya berfikir dengan kreatif adalah Maha berkuasa atas segala-galanya.


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

BAGAIMANA JADUAL TIDUR ANAK KITA?

Satu kenyataan yang menarik; tidur adalah rehat, tetapi kenapa masih lesu apabila bangun daripada tidur? Soalan ini saya ajukan kepada anak-anak kita. Perlukah belajar untuk mendapat tidur yang berkualiti? Pernah anak kita melalui situasi ini? ;
1. Bangun tidur dan menangis?
2. Bangun tidur tetapi merengek- rengek?
3. Bangun tidur tetapi masih 'mamai' seolah-olah macam tak cukup tidur?
4. Bangun tidur selepas dikejut berulang- ulang kali?
Semua situasi di atas sangat berkaitan dengan banyak perkara; antaranya pola pemakanan, aktiviti sebelum tidur, dan masa melelapkan mata. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menikmati awal pagi yang lebih ceria, inshaallah.
Pola pemakanan
==============
Sunnah Rasulullah untuk masa makan malam adalah sama seperti waktu kita berbuka puasa iaitu 7.00 hingga 8.00 malam. Tinggalkan sebentar budaya makan malam, ngeteh lewat malam - jika kita dan anak-anak inginkan tidur yang berkualiti. Suka atau tidak, ia antara faktor mengapa anak-anak tidak dapat bangun tidur dengan selesa. Apabila makanan diambil terlalu lewat, fungsi tidur yang pada asalnya untuk 'merawat sistem tubuh' terpaksa melakukan kerja tambahan dengan memproses makanan. Itu belum diambil kita apa jenis makanan yang anak kita makan! Contoh; sebungkus mee segera mengambil masa 72 jam untuk penghadaman. Sebagai Alternatif, boleh digantikan dengan buah-buahan jika anak terasa lapar selepas makan malam.
Aktiviti sebelum tidur
=================
Zaman di awal 80an, sangat terbatas aktiviti malam yang boleh dibuat, selepas makan malam, mengaji, lampu pam akan ayah tutup. Jadi, pilihan apa yang ada dalam kegelapan? Tidur dan bersembang atas tilam. Itu pun tak boleh kuat sangat atau akan dimarahi ;).
Hari ini, dengan adanya astro, modem internet wifi; cukup untuk menerangkan bila agaknya anak kita akan tidur; melainkan ibu bapa bijak menguruskan teknologi ini. Saya pernah mendengar cerita daripada seorang ibu, bagaimana anaknya mempermainkan neneknya. si cucu berjanji akan masuk tidur selepas cerita kartun tamat. Menggunakan astro, masa bila rancangan kartun akan tamat? Akhirnya si cucu tertidur depan televisyen!
Apa idea terbaik bagi aktiviti sebelum tidur? Lakukan aktiviti yang melibatkan otak iaitu membaca! Ya, membaca. Mengaji Al-Quran, membaca buku cerita. Ini menyebabkan sistem tubuh boleh berehat lebih awal dan ya, boleh menyebabkan mengantuk! Kenapa? Sebab apabila kita membaca, ia melibatkan banyak proses otak seperti membaca, memahami dan imaginasi. Cuma pastikan aktiviti ini dilakukan secara berjemaah ya!
Masa melelapkan mata
====================
Dua perkara di atas cukup memberi gambaran pukul berapakah anak kita akan tidur. Bagi anak yang bersekolah, ia bukan alasan sebenarnya untuk tidur lambat. Apa guna tidur lewat dengan menyiapkan kerja sekolah? Tiada fakta kukuh yang menyokong situasi ini!
Mengambil pandangan Dr. Rizal, seorang pakat otak yang berpengalaman lebih 10 tahun mengkaji tentang proses tidur, sepatutnya kita perlu menetapkan masa untuk tidur yang sama setiap hari! Masa bangun yang boleh diubahsuai. Sebab? Ia memberikan otak satu 'jadual' kerja yang sistematik untuk melakukan proses pemulihan tubuh. Dan proses ini berlaku selepas 4 jam kita tidur. Jika anak mempunyai jadual tidur yang tidak tetap, agak-agak bilakah sistem tubuh perlu memulakan proses pemulihan? Dan akhirnya proses dilakukan sekadar lebih kurang sahaja. Dan hasilnya apabila bangun tidur, menghadapi antara 4 situasi di atas.
Jadi, ilmu tidur pun kena tahu supaya anak-anak kita dapat tidur yang berkualiti, bukan sekadar cukup.

Sumber foto google


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

PEMERIKSAAN GIGI UNTUK ANAK | PENGALAMAN UNIK TETAPI MENARIK

Alhamdulillah, selesai satu lagi perancangan kami untuk cuti sekolah anak-anak; membawa mereka ke klinik gigi untuk pemeriksaan. Tentunya ada ibu bapa di luar sana turut melakukan perkara yang sama kan?
Pengalaman tidak boleh dibeli melainkan empunya diri 'menikmati' dengan mata kepala sendiri terhadap sesuatu perkara yang boleh dipelajari. Bermula dari si kakak yang berumur 9 tahun hinggalah si adik berumur setahun lebih, semuanya berpeluang merasa debaran ketika berada bersama-sama doktor gigi.
Hanya sekadar rutin yang disarankan oleh doktor juga; membawa anak berjumpa doktor gigi 2 kali setahun. Kali pertama tentunya semasa di sekolah. Untuk kali ke dua saya membawa sendiri mereka ke sini. Rupanya doktor gigi sangat menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka seawal adanya gigi untuk menjalani pemeriksaan. Sebabnya adalah untuk mengenal bahawa doktor gigi bukanlah 'musuh' kepada anak-anak. Naurah; anak ke-3 yang berumur 3 tahun sangat selesa semalam kerana ini pertemuan kali kedua sejak tahun 2015. Pada ketika ini, anak- anak mempunyai struktur gigi susu yang cantik, maka melambunglah pujian diberikan oleh doktor gigi!
Cuba bayangkan jika anak bertemu doktor gigi seawal darjah 1; dengan kondisi gigi yang tak berapa cantik. Lebih parah bila diperiksa, ada gigi yang perlu dicabut atau tampal. Sah, tahun hadapan ia akan menjadi mimpi ngeri kepada si anak itu. Jika dipertemukan lebih awal, sekurang-kurangnya anak kita mendapat nasihat terus daripada pakar kepada anak kita. Nasihatnya sama seperti kita beri. Bezanya ialah siapa yang memberi nasihat itu. Jika kakitangan kerajaan, ianya percuma (semakan melalui data HRMIS). Jika tidak, RM1 akan dicaj bagi setiap seorang yang mendapatkan rawatan. Apa yang menarik, mereka sediakan bilik khas untuk pemeriksaan dan rawatan gigi kanak-kanak. Special kan?
Cuti sekolah masih berbaki. Apa kata beri pengalaman berharga kepada mereka. Seperti kata anak saya, Naurah; "doktor gigi baik kan ayah? 

Sumber foto:google


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekola.blogspot.com


PERNAH BAWA ANAK-ANAK KE PERPUSTAKAAN?

Semua tahu perpustakaan adalah 'ladang buku'. Tetapi, pernahkah kita membawa anak- anak ke sana? Kepada ibu bapa yang berjaya membawa anak- anak ke perpustakaan, tahniah saya ucapkan. Bagi yang tidak pernah lagi membawa anak- anak ke sana, nasihat dan permintaan saya; bawalah mereka ke sana. Inshaallah anda akan menemui jawapannya di sana nanti.

Hari ini, perpustakaan telah diberikan nafas baru berbanding apa yang kita jangkakan. Alhamdulillah, saya telah menetapkan jadual saya untuk membawa anak-anak sama ada ke Perpustakaan Awam Mersing, Perpustakaan Awam Kota Tinggi atau Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru pada setiap bulan. Paling tidak, setiap kawasan perumahan atau kampung pasti ada disediakan kemudahan perpustakaan awam ini. Mungkin ada ibu bapa yang akan tertanya- tanya apakah yang 'best' sangat perpustakaan awam ini? Ini antara jawapan yang mungkin akan mengujakan anda!
1. Perpustakaan melanggan hampir semua jenih majalah; sama ada untuk kanak- kanak (asuh, ana muslim, adikku sayang dll) hinggalah ke majalah dewasa (PC, Mingguan Wanita dll) pada setiap bulan. Anda juga boleh 'request' kepada pihak perpustakaan jika majalah yang anak anda minati tiada (berbentuk ilmiah)
2. Menjimatkan kewangan ibu bapa; daripada perlu mengeluarkan belanja setiap bulan untuk membeli buku; yang pastinya bergantung kepada budget bulanan. Pasti anak kita suka kerana mereka tahu tidak akan ketinggalan edisi setiap bulan.
3. Aura minat membaca sangat mudah dipupuk dan menjadi 'kegilaan' kepada anak selepas itu. Saya gunakan ayat ini kerana itulah yang berlaku kepada anak saya sendiri. Macamana reaksi anak jika diajak ke KFC, begitulah reaksinya jika diajak ke perpustakaan!. Apa jua jenis bahan bacaan telah disediakan; daripada buku kecil yang keras hinggalah kepada 'big book'.
4. Perpustakaan ada menganjurkan aktiviti kepada anak-anak (rujuk jadual perpustakaan berhampiran anda). Secara tidak langsung kita berjaya memberikan waktu yang bermanafaat kepada mereka sambil anda dapat membaca buku kegemaran anda :)
5. Suasana yang sangat bersih dan selesa. Dengan penghawa dingin, kawan- kawan baru yang ramai, pasti anda mendapat kawan dengan mereka yang juga mengambil berat tentang kecemerlangan anak-anak mereka.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan perpustakaan ini. Jom, bawa anak-anak kita ke perpustakaan. Pasti mengujakan kita dan anak-anak !
JOM!



Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

KELUARGA BAHAGIA | SEMUA BERMULA DENGAN NIAT

Kebahagiaan rumahtangga menjadi idaman kepada semua pasangan suami isteri juga ibu bapa. Solat berjemaah, alunan bacaan Al-Quran setiap hari, makan bersama-sama dan keceriaan setiap ahli keluarga boleh dimiliki oleh kita yang mendambakannya. Cuma terkadang kita tidak melihat dan belajar daripada mata hati, bagaimana ia boleh dibina. Lebih jauh lagi adalah bagaimana untuk kebahagiaan ini berkekalan bila diuji oleh Yang Maha Penyayang. Saya percaya ada satu ketika kita akan berdiam, memikirkan akan hal ini.
Jom kita hayati maksud hadith Rasulullah S.A.W ini.
Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)
Nah, langkah pertama; berniatlah untuk memiliki keluarga yang sentiasa mendapat rahmat dan barakah Allah S.W.T. Inshaallah, pasti bimbingan daripada Allah akan bermula buat kita. Pernah tak kita berniat untuk bangun awal pagi dan menetapkan 'alarm' pada smartphone atau jam loceng. Tetapi akhirnya kita bangun lebuh awal sebelum alarm tersebut bunyi? Itu bukan nasib, tetapi Allah yang menjagakan kita. Contoh mudah yang biasa kita alami kan?
Kemudian, carilah ilmu keibubapaan, ilmu membina keluarga yang Allah suka dan amalkan. Apa yang Allah tak suka cuba kurangkan dan tinggalkan. Amalkan di rumah dan ia bermula dengan ibu bapa. Buatlah sedikit demi sedikit. Tiada istilah terlambat untuk berubah demi sebuah sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia tidak terletak pada nilai harta yang kita miliki tetapi pada nilai hati kita; betapa kita kenal atau tidak siapakah Pemberi Kebahagiaan itu yang tiadak lain ialah Allah.
Saya yakin, apabila Allah mengkehendaki kebahagiaan itu hadir dalam keluarga kita, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya, kerana Allah adalah pemilik sekelian alam; juga pemilik hati dalam diri kita semua. Keluarga Bahagia; Kita Suka, Allah juga Suka!

Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

Ahad, 18 Disember 2016

SIAPA KAWAN-KAWAN ANAK KITA?

Dalam satu keadaan, ibu bapa terpaksa akur bahawa acapkali mereka dihormati kerana si anak 'takut'; akibat denda dan hukuman yang menanti jika melanggar arahan. Hal ini sangat berbeza dengan kawan-kawan mereka. Anak menghormati kawan kerana mereka suka dan selesa setiap kali bersama; bahkan jika anak baru sahaja dirotan, kesakitan itu seolah- olah hilang apabila bertemu kawan-kawan mereka. Apakah ini langkah yang wajar diteruskan? Kita bukan Tuhan; yang akan hidup selama-lamanya. Sebab itulah ada anak-anak yang berkelakuan baik di rumah tetapi apabila di sekolah, sangat berbeza perwatakkannya!

Kawan, Sahabat, dan Teman sangat jelas memberi impak dalam membentuk karektor kepada sahsiah diri anak kita. Pelajaran meningkat, sahsiah terpuji, penampilan semasa- semuanya berkait langsung dengan siapa anak kita berkawan. Perlu diakui bahawa kawan mereka memberi pengaruh yang amat besar; bermula daripada berjumpa, bermain, meluah perasaan, berkongsi masalah dan pandangan.

'Carilah kawan yang baik'; apa yang dimaksudkan dengan kawan yang baik?  Saya kongsikan 7 tips kawan yang baik daripada buku 'Didiklah Dari Hati', nukilan Ustaz Pahrol Muhamad Juoi.

1. Kawan yang menjaga hubungannya dengan Allah. (Solat, mengaji dll)

2. Kawan yang menjaga hubungan dengan manusia.(hormat, tepati masa)

3. Kawan yang menjaga agama dan kehormatan diri. (Menjaga batas pergaulan, menutup aurat)

4. Kawan yang taat kepada ibu bapa.

5. Kawan yang bercita- cita tinggi (menyintai ilmu, bercakap perkara yang ilmiah)

6. Kawan yang bijak mengurus masa. (Belajar, bermain, membantu keluarga)

7. Kawan yang tidak mementingkan diri sendiri. (Suka berkongsi, membantu, empati)

Sebab itulah ibu bapa sebaiknya perlu mengenali setiap kawan kepada anak-anak kita dan seterusnya belajar untuk menjadi kawan kepada kawan anak-anak kita. Ajaklah mereka datang ke rumah, berbual-bual untuk memecahkan 'tembok usia' yang memisahkan umur kita dengan mereka.

# Kredit to Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com


KELUARGA BAHAGIA | SEMUA BERMULA DENGAN NIAT


Kebahagiaan rumahtangga menjadi idaman kepada semua pasangan suami isteri juga ibu bapa. Solat berjemaah, alunan bacaan Al-Quran setiap hari, makan bersama-sama dan keceriaan setiap ahli keluarga boleh dimiliki oleh kita yang mendambakannya. Cuma terkadang kita tidak melihat dan belajar daripada mata hati, bagaimana ia boleh dibina. Lebih jauh lagi adalah bagaimana untuk kebahagiaan ini berkekalan bila diuji oleh Yang Maha Penyayang. Saya percaya ada satu ketika kita akan berdiam, memikirkan akan hal ini.

 Jom kita hayati maksud hadith Rasulullah S.A.W ini.

Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)

Nah, langkah pertama;  berniatlah untuk memiliki keluarga yang sentiasa mendapat rahmat dan barakah Allah S.W.T. Inshaallah, pasti bimbingan daripada Allah akan bermula buat kita. Pernah tak kita berniat untuk bangun awal pagi dan menetapkan 'alarm' pada smartphone atau jam loceng. Tetapi akhirnya kita bangun lebuh awal sebelum alarm tersebut bunyi? Itu bukan nasib, tetapi Allah yang menjagakan kita. Contoh mudah yang biasa kita alami kan?

Kemudian, carilah ilmu keibubapaan, ilmu membina keluarga yang Allah suka dan amalkan. Apa yang Allah tak suka cuba kurangkan dan tinggalkan. Amalkan di rumah dan ia bermula dengan ibu bapa. Buatlah sedikit demi sedikit. Tiada istilah terlambat untuk berubah demi sebuah sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia tidak terletak pada nilai harta yang kita miliki tetapi pada nilai hati kita; betapa kita kenal atau tidak siapakah Pemberi Kebahagiaan itu yang tidak lain ialah Allah.  

Saya yakin, apabila Allah mengkehendaki kebahagiaan itu hadir dalam keluarga kita, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya, kerana Allah adalah pemilik sekelian alam; juga pemilik hati dalam diri kita semua. Keluarga Bahagia; Kita Suka, Allah juga Suka!

Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

Rabu, 14 Disember 2016

CERITAKAN | SUBURKAN DENGAN SYUKUR

Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Allah untuk terus menikmati segala anugerah dari Allah S.W.T. yang tidak lebih hanya sekadar pinjaman sementara.

Biasakah kita bercerita dengan anak-anak? Pasti pernah bukan? Cuma adakah penceritaan itu masih berterusan atau hanya 'pakej' di awal peringkat kanak-kanak kecil sahaja. Lumrah seorang kanak- kanak untuk mendengar cerita, cuma ia bergantung kepada kualiti 'persembahan' kita. Adakah versi seorang artis,  penglipur lara, pemidato atau berleter :)

Apa fungsi cerita? Menanam nilai murni dalam diri anak. Ya, cakap memang mudah tetapi keberhasilannya hanya boleh dilihat daripada tindak balas mereka selepas cerita disampaikan. Cerita apa yang kita persembahkan adalah terpulang kepada kreativiti ibu bapa; janji menyeronokkan. Kalau tiada pengalaman, kenalah hadir kelas bercerita  rasanya :). Sehingga ada dapatan mendapati, ramai ibu bapa mampu untuk menjadualkan masa dengan anak-anak; tetapi hanya sebahagian kecil yang  bersedia untuk berkomunikasi dengan mereka dalam keadaan yang menyeronokkan!

Kisah para nabi antara ideologi terbaik perkisahannya. Jika mampu, selitkan dengan petikan daripada Al-Quran. Pasti teruja si anak mendengarnya. Rileks, jangan tertekan pula. Banyak buku bacaan ringan di pasaran. Laburlah sedikit wang ringgit ya; ataupun pinjam di perpustakaan awam. Hikmah bercerita sangat banyak; mengeratkan kasih sayang dan menanam rasa sayang dan hormat daripada anak kepada ibu bapa dan sebaliknya. Begitu juga menerbitkan rasa syukur atas nikmat Allah kepada kita.

Ceritakan apa yang sedang berlaku di dunia pada hari ini. Contoh; tunjukkan dan ceritakan bagaimana keadaan yang sedang bergolak di Syiria,  dan Rohingya. Gunakan smartphone anda paparkan video-video dan gambar- gambar rakyat di sana. Bagaimana pula dengan keadaan rakyat Somalia dan Afrika yang kebuluran dan mati akibat kekurangan makanan yang sangat ketara - pasti menzahirkan rasa kasihan pada diri anak-anak kita; lantas bersyukur dengan apa yang ada dinikmati, dihayati dan dihargai. Kalau tidak mahir bercerita, biar sahaja gambar berbicara.

Anak- anak mempunyai rasa simpati yang sangat mudah disentuh. Usah biar rasa kasihan dan simpati itu hilang lantas mengaburi sifat bersyukur kepada Pencipta yang Agung!

Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

USAH DIULANG SEJARAH SILAM | BUAT YANG TERBAIK UNTUK AMANAH ALLAH

Setiap antara kita yang bergelar ibu bapa pasti mempunyai sejarah dan pengalaman hidup yang lampau semasa kita bergelar seorang kanak-kanak. Seperti 'nasi ambang' , ia bercampur- aduk dengan pelbagai kisah sedih, gembira, geram, takut dan sebagainya. Jika diberi kekuatan, rasanya boleh dinovelkan untuk perkongsian! Sejarah kita pasti tidak sama, namun ada persamaannya; kita masih hidup dan bersama-sama menikmati hidup yang sementara ini. Nikmatilah setiap hela nafas yang masih Allah berikan kepada kita sebelum dijemput kembali menemuinya. 

Sewaktu kita bergelar seorang anak kecil, bagaimana karektor kita waktu itu? Jawapannya ada dalam memori kita. Ringkasnya, apa yang baik, mari kita wariskan kepada anak- anak kita. Manakala jika sebaiknya, carilah ilmu untuk mengelakkan daripada kita ulangi kepada anak-anak kita. Memori silam yang tersimpan adalah 'sumber rujukan mudah' kepada ibu bapa untuk bertindak balas kepada situasi yang ditimbulkan oleh seorang anak. Ada pro dan kontra dalam sumber rujukan tersebut. Ibu bapa yang penyayang dan ibu bapa yang 'garang' pasti mempunyai sumber rujukan masing- masing yang lampau.

Berilah yang terbaik buat anak. Falsafah 'disiplin dibentuk daripada ketegasan' tidak wajar dipegang selamanya. Namun kasih sayang adalah kunci yang sebenarnya. Ketegasan membuatkan ibu bapa letih, lesu; melainkan terasnya adalah kasih sayang. Ya, memang ada bezanya. Sekecil kita dahulu, diherdik marah, dipukul kerana sebab yang kecil dan bebelan seharian; wajar kita cari penawarnya. Kita cukup merana tersiksa ketika itu. Maka wajarkah anak- anak kita 'menikmatinya'? Jalan penyelesaian ada di depan mata jika kita berfikir dengan positif.

Ia, terkadang ada ibu bapa akan menjawab .." kau tak faham, its to complicated.."

Sulit macamana pun, jalan pasti ada. Inshaallah. Lapangkan dada, akur dengan kelemahan diri, berazam untuk berubah menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak-anak. Dampingilah orang- orang berilmu untuk kemaskini ilmu keibubapaan. Perlu diingat andai kita terlupa, anak adalah amanah daripada Allah S.W.T. Usah keluh kesah tetapi berusahalah tanpa resah. Itulah yang Allah nak lihat; betapa gigihnya usaha kita membesarkan dan mendidik seorang insan yang bergelar ANAK.

Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

Isnin, 12 Disember 2016

BERBELANJA VS RAGAM SI KECIL | TIPS BERGUNA

Cuti persekolahan masih rancak berjalan. Membeli perkakasan sekolah menjadi salah satu agenda penting bagi ibu bapa sebelum buka sekolah pada awal tahun baru. Pastinya pengalaman sangat banyak dilalui oleh ibu bapa apabila perlu berbelanja, sambil melayan kerenah anak; terutama si kecil yang comel. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, mungkin tidak sukar menjaganya kerana mereka sudah bolehlah menjaga diri sendiri. Tapi si kecil? Pasti ibu bapa ada strategi ampuh. Kalau tidak, boleh hilang mood untuk berbelanja!

Mengutip pengalaman daripada orang-orang lama, sikap sabar menjadi asas kepada situasi ini. Tapi itu dari sudut teorinya. PERANCANGAN mesti ada. Kalau tak, memang stress! Orang yang bersesak-sesak, memanggil jurujual berkali-kali untuk mencari saiz kasut atau pakaian yang sesuai untuk anak, dengan si kecil melakukan aktiviti 'melawat kawasan'. Itu yang boleh berlaku kes kehilangan anak. Bukan kena culik tetapi tenggelam dalam lautan manusia! Kemuncak kesabaran apabila berbelanja pada waktu tengahari; si kecil mula kepanasan dan mula mengantuk. Hanya yang pernah melalui sahaja akan tersenyum membaca bahagian ini :)

Saya kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan sebelum berbelanja; khasnya kepada ibu bapa yang ada si kecil:

1. Jika masih ada pengasuh, hantar si kecil ke sana. Biasanya kita menghantar pada hari bekerja kan? Cuma, buat 'tempahan'  awal dulu dengan pengasuh. Bukan main hantar seperti hari bekerja ya!

2. Bahagi tugas; ibu uruskan perbelanjaan anak-anak sekolah, ayah uruskan si kecil. Biasanya di pasaraya banyak kawasan permainan kanak-kanak disediakan. Cuma pastikan si ayah ada bawa bekalan secukupnya; air, makanan dan lampin :)

3. Sediakan movie yang menarik dalam kenderaan. Ayah menemani si kecil dalam kereta dan anak-anak  lain bersama ibu berbelanja. Tapi ibu perlu set masa. Kalau sampai 1 jam, boleh habis minyak kereta :)

4. Ambil cuti semasa hari bekerja. Sebab orang tidaklah ramai sangat keluar berbelanja. Si kecil confirm hantar ke pengasuh.

Itu serba sedikit idea yang boleh dikongsikan. Banyak lagi idea2 kreatif yang ibu bapa boleh gunakan. Si kecil memang banyak keletah, semua benda yang dilihat nak di pegangnya, diterokanya. Jadi, susun strategi dengan sebijak mungkin sebelum keluar berbelanja. Penat berbelanja ok lagi,tapi kalau dah stress, apa pun tak boleh dah! :)


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

Ahad, 11 Disember 2016

PENDIDIKAN DI RUMAH; SATU 'PROSES' YANG BERTERUSAN

Assalamualaikum & Salam Maulidur Rasul

Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda; yang menjadi contoh terunggul dalam segala aspek kehidupan - termasuklah isu kekeluargaan.

Soalan; apakah gambaran yang terbina di dalam minda apabila kita menyebut/ mendengar perkataan PENDIDIKAN? umumnya pastilah 'sekolah'. Jika itu jawapannya, maka anda betul. Cuma yang membezakan sekolah itu adalah adakah gambarannya ialah sebuah sekolah atau rumah kediaman kita. Cuba imbas soalan latih tubi ini dan pasti kita akan senyum sendirian :

Siapa guru pertama anak kita? IBUBAPA
Apa sekolah pertama anak kita? RUMAH
Apakah buku pertama anak kita? QURAN

Pendidikan merupakan TUNJANG UTAMA  dalam sesebuah keluarga; malah sama penting dalam memperbaiki diri. Dalam sebuah keluarga, ia bermula daripada pemimpinnya iaitu ibu dan ayah. Umumnya, ramai di antara kita lebih menitikberatkan tanggungjawab dalam bentuk fizikal seperti keperluan rumah, pakaian dan makanan sehingga terlepas pandang aspek pendidikan. Ditambah lagi dengan kewujudan sekolah @ institusi pendidikan, kelas- kelas mengaji, program- program cuti sekolah, menjadikan seolah-olah ibu bapa boleh menjadikan ia sebagai pelengkap kepada keperluan pendidikan anak-anak.

Pendidikan adalah segala-galanya; bermula daripada rumah- bermula seawal mata terjaga dari lena. Semua yang berlaku di rumah jika mempunyai teras pendidikan yang betul, inshaallah, ragam dan kerenah anak- anak dapat diminimumkan. Tanyalah guru di sekolah, betapa sukarnya untuk menyampaikan ilmu pelajaran kepada murid jika murid tidak bersedia (tiada asas pendidikan di rumah). Saya menekankan pendidikan daripada aspek kesediaan hati untuk 'belajar sesuatu'. Dengan contoh ini mungkin kita akan mudah faham.

Berapa kalikah kita mengingatkan anak supaya meletakkan pakaian kotor di dalam bakul?

Adakah dengan sekali arahan, anak kita akan terus mandi? Membuat kerja sekolah? Bersolat? Membasuh kasut?

Jika jawapannya bukan sekali, maka pendidikan di rumah perlu di mantapkan. Bagaimana caranya? Dengan ibu bapa perlu ada pendidikan dahulu. Caranya?  Dengan menambah ilmu! Tinggalkan warisan pendidikan datuk nenek kita yang lalu yang tidak efektif lagi pada hari ini; pesta membebel, memarahi anak tanpa sebab, memukul dan pelbagai lagi 'kaedah' zaman lalu. Ya, ada yang akan menjawab "kerana didikan demikianlah kami berjaya pada hari ini". Orang dahulu, pendidikannya terbatas, tidak banyak sekolah, jika ada yang berketurunan ulama', Alhamdulillah.

Sebenarnya, rujukan sebenar adalah daripada apa yang Rasulullah S.A.W sabdakan iaitu Al-Quran dan Hadith. Laburkanlah sedikit wang untuk melakukan tranformasi pendidikan di rumah. Antara idea yang saya boleh kongsikan di sini:

1. Membeli buku tentang pendidikan anak- anak

2. Meminjam buku di perpustakaan awam (paling suka;sebab boleh pinjam 15 buku!!)

3. Menghadiri ceramah agama di masjid (topiknya pelbagai) tetapi percuma

4. Menghadiri seminar berbayar (sangat banyak dan boleh pilih mana yang berminat)

5. Mendengar daripada youtube (terima kasih kepada yang merakam ;) )

Bila ibu bapa mula berubah, cara pendidikan anak inshaallah pasti berubah. Namun ingat, perubahan hakiki adalah daripada Allah, bukan daripada kita. Yang penting ibu bapa harus sedar bahawa pendidikan adalah SATU PROSES BERTERUSAN. Ia memakan masa, menuntut kesabaran dan idea-idea yang kreatif. Jangan malu untuk bertanya!


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com

KEPENTINGAN POST MORTEM

Assalamualaikum wbt, semoga semua dalam rahmat dan di bawah lembayung kasih sayang Allah swt.

Bagi sebuah organisasi, perkataan post mortem sangat biasa didengar. Sama ada suka atau tidak, ia merupakan satu proses yang sangat penting untuk terus bergerak ke hadapan dengan dengan lebih berjaya. Post mortem dalam bahasa mudah ialah perbincangan untuk melihat kelemahan, kekuatan dan idea untuk penambahbaikan supaya kelemahan tadi tidak berulang. Kelebihan? Menjimatkan masa, menjimatkan kewangan, mengurangkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang optimum (bukan maksimum)

Institusi kekeluargaan wajar ada post mortem ini; lebih- lebih lagi sebelum melangkah ke tahun baru. Kita selalu bertanya "bagaimana untuk berjaya?" . Nah, ini salah satu 'ramuan' yang perlu ada sebagai resepi kejayaan; sama ada dalam membina keluarga yang bahagia atau pembelajaran anak- anak. Jangan mudah mengatakan 'takdir' selagi kita belum melakukan yang terbaik. Kerana Allah telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya. Ini bermakna ibu bapa perlu berusaha sedaya mungkin, menggunakan sumber sekeliling dengan bijak (seperti sekolah, PIBG, mesyuarat kampung, jiran dll) kemudian barulah sesuai menggunakan perkataan takdir itu tadi. Saya memberikan 2 perkara biasa untuk ibu bapa ambil sebagai idea untuk post mortem:

'DUIT';  antara isu panas jika dibangkitkan kepada ibu bapa yang terkesan kepadanya. Daripada kita berfikir kenapa saya tidak mempunyai kewangan yang baik, lebih baik berfikir bagaimana untuk menambah kewangan keluarga! Terlalu banyak cara yang halal untuk menambah pendapatan. Jika tidak, masakan puluhan ribu pekerja asing dibawa masuk ke negara kita?  Langkah pertama ialah buat post mortem; bagaimana corak perbelanjaan bulanan kita? Berapa kerap kita keluar makan di restoran? Berapa kotak rokok sehari kita beli? Buat senarai semak dan kita akan lihat betapa bolehnya kita mula berjimat dan menukarkan ia kepada tabungan. Susah ke untuk menabung? Anda sanggup ikat perut asingkan duit untuk bayar installment kereta, perabot, kelengkapan rumah, mengapa tabungan tidak boleh pula? Bukan suruh simpan banyak, ceritanya ialah MENYIMPAN SEBAGAI TABUNGAN. Tak kisahlah jika bermula denga  RM1 sebulan, janji anda dah bermula.

ATUCARA HARIAN; Pukul berapa anda mula bangun? Sebelum azan subuh? Selepas azan subuh? Selepas matahari naik? Ingat, rezeki datang seawal pagi. Malulah dengan ayam :) jika bangun lewat, ia perlu diubah. Oh, jangan bangun awal hanya kerana kerja, hari cuti pun kena sama! Itulah sebab anak-anak dah set dalam kepala, bila cuti sekolah boleh bangun lambat. Itu SALAH. Jadi, perbetulkan semula dan ia bermula dengan ibu bapa. Banyak perkara boleh dibuat seawal pagi selepas solat subuh; mengaji, membaca hadith, bersenam bersama keluarga di luar rumah. Buat dulu baru komen. Tanya orang yang berjaya, mereka bangun seawal pukul berapa?

Banyak lagi perkara yang boleh ibu bapa semak sebagai postortem; termasuk perkembangan pembelajaran anak- anak di sekolah dan di rumah. Belajarlah akur dengan kelemahan dan kekurangan diri (bukan akur sebab duit kurang sahaja). Kemudian bertindaklah mencari jalan dan formula untuk mula berubah. Percayalah, inshaallah anda dan keluarga akan berada pada tahap yang berbeza sepanjang tahun 2017! Ada masalah? Buat post mortem. Cari jalan penyelesaian, bukan beri alasan !

PERSEDIAAN MOTIVASI ANAK UNTUK 2017. ADAKAH MEREKA SUDAH BERSEDIA?

PROGRAM CUTI SEKOLAH
WORKSHOP; SMART2017

Workshop SMART2017 kurang 2 minggu dari sekarang.

Jom Whatsapp sekarang 'NAK ANAK SMART2017' ke :

✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )

Rabu, 7 Disember 2016

13 HARI LAGI !!!

Anak- Anak ada jadual belajar, tetapi sukar untuk mengikutinya?
==============================================
Tahniah kepada ibu bapa yang anak-anaknya ada jadual belajar di rumah. Namun, tidak memadai hanya ada tetapi tidak dapat menggunakannya dengan berkesan. Cuma ia bagus berbanding mereka yang langsung tiada jadual belajar di rumah.

Jadual belajar memudahkn pengurusan masa, bukan memberi beban seperti terkongkong. Pasti ia memerlukan 'modifikasi' jika gagal diikuti dengan seronok dan selesa. Bagaimana caranya?
Jom bersama kami untuk mengetahui penyelesaiannya !!!!

Workshop SMART2017 kurang 2 minggu dari sekarang.
Jom Whatsapp sekarang 'NAK ANAK SMART2017' ke :
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri

T.I.M.E.T.A.B.LE @ JADUAL

Assalamualaikum w.b.t ibu bapa dan anak- anak tercinta. Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita InshaAllah.

Perkataan JADUAL sangat popular bagi kita; bermula seawal sekolah rendah lagi bukan?.Tidak kira orang rajin atau yang kurang rajin, masing- masing secara langsung atau tidak telah menyediakan jadual untuk pergerakkan seharian; suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Contoh mudah, pernah kita lihat budak- budak bermain bola di padang pada waktu tengahari? Pasti tidak pernah; kerana mereka akan menjawab "main bola waktu petang laa.."

Begitu juga dengan aturan Allah. Matahari dan Bulan bergerak mengikut jadual yang telah ditetapkan, tidak boleh salah satu mendahului yang lain. Ada haiwan yang dijadikan Allah hidupnya pada waktu malam untuk mencari makanan dan siangnya untuk tidur. Begitu juga sebaliknya. Satu 'falsafah' mudah betapa jadual sangat penting dalam kehidupan semua makhluk di dunia.

Bagaimana pula dengan ibu bapa, adakah anda memiliki jadual kerja seharian? Maksud saya bukan di tempat kerja, tetapi di rumah. Kalau ada, cuba buat 'check list' di bawah. Kalau ada, alhamdulillah~
> masa solat berjemaah bersama keluarga
> masa mengaji, bertadabbur bersama keluarga
> masa bermain bersama anak-anak
> masa menemani anak-anak membaca buku
> masa berbual-bual dengan anak, mengetahui masalahnya, kesukaannya dan apa yang diimpikannya
> masa bertanyakan hal persekolahan anak-anak.

Kalau tiada, kena belajar, cari ilmu bagaimana untuk 'menyediakan jadual' tersebut. Tiada masa? Sibuk? Ya, Allah sangat faham akan kesibukkan kita. Tapi ingat tak bahawa Rasulullah juga mempunyai masa 24 jam sehari; sama seperti kita tetapi baginda tahu bagaimana menjadualkan aktiviti seharian baginda daripada urusan keluarga, pentadbiran kerajaan dan hubungan dengan Allah S.W.T.

Nah, sekarang rasanya semakin jelas, kita memang sedia ada jadual dalam kehidupan masing- masing. Yang membezakan jadual antara kita adalah pengisiannya; adakah melengkapi seperti mana yang Allah kehendaki. Kita ada keluarga sendiri, dan juga karier dalam kerjaya. Pastikan semuanya dalam perhatian dan makluman kita. Kalau tidak tahu, pergilah berguru, mencari ilmu tanpa jemu. Pasti ramai orang di sekeliling kita yang sibuk seperti kita tetapi seolah-olah mereka dapat memenuhi tuntutan sebagai pemimpin keluarga dan pekerja dengan baik. Apa rahsianya? Kena la tanya mereka, betul tak?

DESIGN YOUR LIFE WITH T.T


Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com