Mengutip pengalaman daripada orang-orang lama, sikap sabar menjadi asas kepada situasi ini. Tapi itu dari sudut teorinya. PERANCANGAN mesti ada. Kalau tak, memang stress! Orang yang bersesak-sesak, memanggil jurujual berkali-kali untuk mencari saiz kasut atau pakaian yang sesuai untuk anak, dengan si kecil melakukan aktiviti 'melawat kawasan'. Itu yang boleh berlaku kes kehilangan anak. Bukan kena culik tetapi tenggelam dalam lautan manusia! Kemuncak kesabaran apabila berbelanja pada waktu tengahari; si kecil mula kepanasan dan mula mengantuk. Hanya yang pernah melalui sahaja akan tersenyum membaca bahagian ini :)
Saya kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan sebelum berbelanja; khasnya kepada ibu bapa yang ada si kecil:
1. Jika masih ada pengasuh, hantar si kecil ke sana. Biasanya kita menghantar pada hari bekerja kan? Cuma, buat 'tempahan' awal dulu dengan pengasuh. Bukan main hantar seperti hari bekerja ya!
2. Bahagi tugas; ibu uruskan perbelanjaan anak-anak sekolah, ayah uruskan si kecil. Biasanya di pasaraya banyak kawasan permainan kanak-kanak disediakan. Cuma pastikan si ayah ada bawa bekalan secukupnya; air, makanan dan lampin :)
3. Sediakan movie yang menarik dalam kenderaan. Ayah menemani si kecil dalam kereta dan anak-anak lain bersama ibu berbelanja. Tapi ibu perlu set masa. Kalau sampai 1 jam, boleh habis minyak kereta :)
4. Ambil cuti semasa hari bekerja. Sebab orang tidaklah ramai sangat keluar berbelanja. Si kecil confirm hantar ke pengasuh.
Itu serba sedikit idea yang boleh dikongsikan. Banyak lagi idea2 kreatif yang ibu bapa boleh gunakan. Si kecil memang banyak keletah, semua benda yang dilihat nak di pegangnya, diterokanya. Jadi, susun strategi dengan sebijak mungkin sebelum keluar berbelanja. Penat berbelanja ok lagi,tapi kalau dah stress, apa pun tak boleh dah! :)
Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan