Kebahagiaan rumahtangga menjadi idaman kepada semua pasangan suami isteri juga ibu bapa. Solat berjemaah, alunan bacaan Al-Quran setiap hari, makan bersama-sama dan keceriaan setiap ahli keluarga boleh dimiliki oleh kita yang mendambakannya. Cuma terkadang kita tidak melihat dan belajar daripada mata hati, bagaimana ia boleh dibina. Lebih jauh lagi adalah bagaimana untuk kebahagiaan ini berkekalan bila diuji oleh Yang Maha Penyayang. Saya percaya ada satu ketika kita akan berdiam, memikirkan akan hal ini.
Jom kita hayati maksud hadith Rasulullah S.A.W ini.
Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)
Nah, langkah pertama; berniatlah untuk memiliki keluarga yang sentiasa mendapat rahmat dan barakah Allah S.W.T. Inshaallah, pasti bimbingan daripada Allah akan bermula buat kita. Pernah tak kita berniat untuk bangun awal pagi dan menetapkan 'alarm' pada smartphone atau jam loceng. Tetapi akhirnya kita bangun lebuh awal sebelum alarm tersebut bunyi? Itu bukan nasib, tetapi Allah yang menjagakan kita. Contoh mudah yang biasa kita alami kan?
Kemudian, carilah ilmu keibubapaan, ilmu membina keluarga yang Allah suka dan amalkan. Apa yang Allah tak suka cuba kurangkan dan tinggalkan. Amalkan di rumah dan ia bermula dengan ibu bapa. Buatlah sedikit demi sedikit. Tiada istilah terlambat untuk berubah demi sebuah sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia tidak terletak pada nilai harta yang kita miliki tetapi pada nilai hati kita; betapa kita kenal atau tidak siapakah Pemberi Kebahagiaan itu yang tidak lain ialah Allah.
Saya yakin, apabila Allah mengkehendaki kebahagiaan itu hadir dalam keluarga kita, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya, kerana Allah adalah pemilik sekelian alam; juga pemilik hati dalam diri kita semua. Keluarga Bahagia; Kita Suka, Allah juga Suka!
Cikgu Mn Nazri Tumari
www.procutisekolah.blogspot.com
Casino games - TrickTactoe
BalasPadamPlay your favorite casino games on 인증 토토사이트 샤오미 the internet with 넷마블 먹튀 the #1 스포츠토토 통계 비코리아 free 동행복권 먹튀 Trickster casino app. Sign up today to get up to $/€/£ 250 welcome pc방 사설토토 샤오미 bonus!