Ahad, 11 Disember 2016

KEPENTINGAN POST MORTEM

Assalamualaikum wbt, semoga semua dalam rahmat dan di bawah lembayung kasih sayang Allah swt.

Bagi sebuah organisasi, perkataan post mortem sangat biasa didengar. Sama ada suka atau tidak, ia merupakan satu proses yang sangat penting untuk terus bergerak ke hadapan dengan dengan lebih berjaya. Post mortem dalam bahasa mudah ialah perbincangan untuk melihat kelemahan, kekuatan dan idea untuk penambahbaikan supaya kelemahan tadi tidak berulang. Kelebihan? Menjimatkan masa, menjimatkan kewangan, mengurangkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang optimum (bukan maksimum)

Institusi kekeluargaan wajar ada post mortem ini; lebih- lebih lagi sebelum melangkah ke tahun baru. Kita selalu bertanya "bagaimana untuk berjaya?" . Nah, ini salah satu 'ramuan' yang perlu ada sebagai resepi kejayaan; sama ada dalam membina keluarga yang bahagia atau pembelajaran anak- anak. Jangan mudah mengatakan 'takdir' selagi kita belum melakukan yang terbaik. Kerana Allah telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya. Ini bermakna ibu bapa perlu berusaha sedaya mungkin, menggunakan sumber sekeliling dengan bijak (seperti sekolah, PIBG, mesyuarat kampung, jiran dll) kemudian barulah sesuai menggunakan perkataan takdir itu tadi. Saya memberikan 2 perkara biasa untuk ibu bapa ambil sebagai idea untuk post mortem:

'DUIT';  antara isu panas jika dibangkitkan kepada ibu bapa yang terkesan kepadanya. Daripada kita berfikir kenapa saya tidak mempunyai kewangan yang baik, lebih baik berfikir bagaimana untuk menambah kewangan keluarga! Terlalu banyak cara yang halal untuk menambah pendapatan. Jika tidak, masakan puluhan ribu pekerja asing dibawa masuk ke negara kita?  Langkah pertama ialah buat post mortem; bagaimana corak perbelanjaan bulanan kita? Berapa kerap kita keluar makan di restoran? Berapa kotak rokok sehari kita beli? Buat senarai semak dan kita akan lihat betapa bolehnya kita mula berjimat dan menukarkan ia kepada tabungan. Susah ke untuk menabung? Anda sanggup ikat perut asingkan duit untuk bayar installment kereta, perabot, kelengkapan rumah, mengapa tabungan tidak boleh pula? Bukan suruh simpan banyak, ceritanya ialah MENYIMPAN SEBAGAI TABUNGAN. Tak kisahlah jika bermula denga  RM1 sebulan, janji anda dah bermula.

ATUCARA HARIAN; Pukul berapa anda mula bangun? Sebelum azan subuh? Selepas azan subuh? Selepas matahari naik? Ingat, rezeki datang seawal pagi. Malulah dengan ayam :) jika bangun lewat, ia perlu diubah. Oh, jangan bangun awal hanya kerana kerja, hari cuti pun kena sama! Itulah sebab anak-anak dah set dalam kepala, bila cuti sekolah boleh bangun lambat. Itu SALAH. Jadi, perbetulkan semula dan ia bermula dengan ibu bapa. Banyak perkara boleh dibuat seawal pagi selepas solat subuh; mengaji, membaca hadith, bersenam bersama keluarga di luar rumah. Buat dulu baru komen. Tanya orang yang berjaya, mereka bangun seawal pukul berapa?

Banyak lagi perkara yang boleh ibu bapa semak sebagai postortem; termasuk perkembangan pembelajaran anak- anak di sekolah dan di rumah. Belajarlah akur dengan kelemahan dan kekurangan diri (bukan akur sebab duit kurang sahaja). Kemudian bertindaklah mencari jalan dan formula untuk mula berubah. Percayalah, inshaallah anda dan keluarga akan berada pada tahap yang berbeza sepanjang tahun 2017! Ada masalah? Buat post mortem. Cari jalan penyelesaian, bukan beri alasan !

PERSEDIAAN MOTIVASI ANAK UNTUK 2017. ADAKAH MEREKA SUDAH BERSEDIA?

PROGRAM CUTI SEKOLAH
WORKSHOP; SMART2017

Workshop SMART2017 kurang 2 minggu dari sekarang.

Jom Whatsapp sekarang 'NAK ANAK SMART2017' ke :

✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )
✆ +6013 7551905 ( Cikgu Nazri )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan